Jumaat, 16 Mei 2014

ADVANCED JOINT HEALTH TABLET

Salam bahagia semua,
Pernahkah anda mengalami simptom2 seperti:

  • ketegangan sendi?
  • Lenguh-lenguh lutut?
  • bengkak sendi?
  • sakit-sakit2 sendi?
  • sendi berbunyi?
Jika anda seorang yang sangat aktif berkerja, tak kira surirumah ke; yang sibuk menguruskan rumahtangga, berkejar ke sana ke mari untuk melancarkan perjalanan aktiviti keluarga anda, seorang guru yang penuh contact hour mengajar dari pagi hingga ke petang, naik turun tangga membawa file berat, atau apa2 pekerjaan yang memerlukan kecergasan, anda boleh memilih ADVANCED JOINT HEALTH TABLET  (AJHT) SHAKLEE sebagai supplement tambahan anda setiap hari untuk meringankan dan melancarkan pergerakan sendi anda :)
Anda tak perlu berfikir 2 kali kerana AJHT ini adalah antara supplement yg popular dan hot di pasaran Malaysia untuk kesihatan sendi kerana :

  1. Terdiri dari Ekstrak Boswelia (asid boswelia AKBA) yang BERKESAN membantu menyokong keselesaan sendi : ia adalah agen anti radang semulajadi, dan menghalang bahan kimia dari menyerang tulang rawan yang menyebabkan ketidakselesaan sendi. Dalam ujian klinikal, asid boswelia ini membantu AJHT memberi kesan dalam masa 5 hari
  2. Terdiri dari ekstrak jagung yang mengandungi glukosamin yang meningkatkan kesan kusyen kepada sendi
  3. Mengandungi Vitamin C, Zink, tembaga dan mangan yang memelihara tisu dan sebagai penyambung tisu yang sihat
  4. BEBAS KONDROITIN: Tidak mengandungi kondroitin sulfat kerana ia tidak akan diserap dengan baik jika dimakan secara oral. Kajian juga menunjukkan bahawa kondroitin sulfat mengganggu penyerapan glukosamin
Mari kita lihat soalan2 popular yg biasa ditanyakan berkenaan dengan AJHT ini:



Q : Apakah Shaklee Advanced Joint Health Tablet?
A : Shaklee Advanced Joint Health Tablet ialah formulasi proprietary yang menampilkan kombinasi bahan-bahan yang amat berkesan, yang dapat menyokong pergerakan, kelenturan sendi dan fungsi sendi yang sihat. Ia dihasilkan dari ramuan aktif yang bertindak dengan pantas bagi menyokong makanan kesihatan yang diperlukan oleh sendi-sendi.

Q: Siapakah yang memerlukan khasiat Shaklee Advanced Joint Health Tablet?
A : Lelaki dan wanita dewasa yang mencari satu produk semulajadi dalam mengekalkan kesihatan sendi mereka. Orang muda yagn mempunyai gaya hidup lasak dan aktif juga boleh memanfaatkannya.

Q: Apakah ekstrak jagung?
A : Ekstrak jagung secara semulajadinya kaya dengan glucosamine yang merupakan gula amino dan merupakan blok binaan utama bagi proteoglikan. Ia digunakan untuk membina tulang rawan dan lendir bagi melincirkan sesendi. Glukosamina mengandungi bahan yang juga dijumpai dalam tendon dan ligament. Ekstrak jagung membantu meningkatkan perlindungan sesendi dan membantu memelihara tulang rawan untuk kesihatan sendi dalam jangka masa panjang.

Q: Apakah Boswellia ?
A: Boswellia merupakan gum resin dari pokok Boswellia Serrata. Bahan aktif utama ekstrak Boswellia serrata ialah asid boswelik (AKBA, asid 3-asetil-11-keto-beta-boswelik) yang berfungsi sebagai anti-radang semulajadi.

Q: Apakah yang membuat ekstrak Boswellia dalam Shaklee Advanced Joint Health Tablet istimewa?
A: Ekstrak Boswellia proprietari yang digunakan di dalam Shaklee Advanced Joint Health Tablet bukan sahaja mengandungi asid Boswelik AKBA yang berkepekatan tinggi bagi menyokong keselesaan sendi tetapi juga mengandungi unsur-unsur semulajadi lain dalam resin Boswellia yang berkaitrapat dalam memberikan bioaktiviti yang lebih baik berbanding dengan AKBA sahaja. Tambahan pula, ekstrak Boswellia tertentu ini telah ditunjukkan secara nutrisinya dapat menyokong keselesaaan sendi yang lebih baik berbanding satu ekstrak AKBA yang lebih tinggi.

Q: Bolehkah saya mengambil Shaklee Advanced Joint Health Tablet dan OsteMatrix pada masa yang sama?
Boleh. Tiada sebab mengapa anda tidak boleh mendapatkan khasiat kedua-dua product yang dapat menyokong kesihatan sendi anda. Lebih baik lagi anda gabungkan Shaklee Collagen Powder dan VIVIX bagi mengoptimumkan khasiat Shaklee Advanced Joint Health Tablet

Q : Bila dan bagaimanakah saya mahu menggunakan Shaklee Advanced Joint Health Tablet?
A : Untuk hasil yang terbaik, ambillah mengikut apa yang disarankan iaitu dua tablet sehari bagi setiap hidangan.

Q: Mengapakah ia bebas daripada chondroitin?
A : Shaklee Advanced Joint Health Tablet tidak mengandungi sulfat kondroitin kerana ia tidak akan diserap dengan baik jika diambil secara oral ( ditelan). Penyelidikan baru-baru ini menunjukkan yang sulfat chondroitin juga boleh mengganggu penyerapan ekstrak jagung dan glukosamina yang lazimnya diserap dengan lebih baik jika diambil secara berasingan.

Q: Mengapa produk tersebut mengandungi Vitamin C?
A : Shaklee Advanced Joint Health Tablet menyumbang Nilai Harian 100% Vitamin C kerana ia merupakan nutrient penting yang diperlukan bagi sintesis kolagen.Kolagen merupakan satu komponen tulang rawan dan juga tisu-tisu penghubung yang lain di dalam tubuh.

Q: Mengapa produk tersebut mengandungi mineral surih zink, copper (kuprum/ tembaga) dan mangan?
A : Shaklee Advanced Joint Health Tablet menyumbang Nilai Harian 10% mineral zurih zink, copper dan mangan yang merupakan faktor sampingan bagi enzim-enzim yang membina kolagen dan glikosaminoglikan.

Q: Adalah Shaklee Advanced Joint Health Tablet berasaskan sayur-sayuran?
A : Ya.




Berminat dengan promosi yang ditawarkan oleh Shaklee ini? PM saya untuk maklumat lanjut! Jangan ketinggalan ya berkongsi kebaikan supplement terhebat dan berkualiti ini bersama2 dengan ibu, ayah, datuk, nenek dan orang2 yang tersayang!
 

Mengandungi 60 tablet
 

 

Terima Kasih

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

© Dream It, Wish It, Do It | Template Designed By Blog Bingkisan Hati