Khamis, 12 Jun 2014

BUKAN SEKADAR IMUN BOOSTER, MASALAH ECZEMA DAN ATHMA PUN BOLEH HILANG DENGAN NUTRIFERON

Sangatlah gembira pecinta-pecinta Nutriferon semua kan? Mana tidaknya, Nutriferon ni sangat bagus dijadikan pengganti Panadol kat rumah. Buat standby siap-siap. Sebab apa? Sebab Panadol kan bertoksik. Bahaya untuk organ hati. Paling menakutkan, Panadol disimpan di dalam badan selama 5 tahun sebelum dihadam. Sebab tu orang yang bijak pandai lagi rela makan ubat-ubatan herba beli kat sinseh Cina. Lebih natural dan selamat.

Tapi jangan risau, dengan Nutriferon, makan sepeket sehari dah boleh bina imun sistem untuk badan. Siapa yang kerap demam, selsema, batuk, mudah sakit semua tu, memang bagus amalkan Nutriferon ni. Itu kalau kerap demam sakit semua tu... Kalau dah sihat dan nak maintain imun sistem, makan sepeket seminggu pon dah okay. Memang best sangat Nutriferon ni.

Jom baca sikit, kenapa Nutriferon Shaklee sangat TERBAIK?

1. Terbukti daripada empat kajian klinikal pada manusia - Campuran fitonutrien yang berkesan dan selamat ini memberi sokongan imun tepat pada peringkat sel. Kajian menunjukkan khasiat kesihatan yang luar biasa dan perlindungan imun yang diperolehi daripada campuran khas empat ekstrak tumbuhan di dalam Nutriferon.
 2. Meningkatkan paras interferon secara semulajadi - Para saintis dan komuniti perubatan telah mengenalpasti interferon sebagai sesuatu yang amat penting bagi fungsi imun yang sihat. Nutriferon merupakan satu-satunya pemakanan tambahan di U.S. yang dicipta oleh penemu interferon yang boleh menambahkan penghasilan interferon di dalam badan secara semulajadi.
 3. Dicipta oleh individu yang menemui Interferon - Ahli imunologi yang terkenal di dunia, Dr. Yasuhiko Kojima merupakan individu pertama yang menemui interferon pada tahun 1954 semasa beliau menjalankan penyelidikan di Universiti Tokyo.   
4. Rumusan berpaten yang eksklusif - Nutriferon tidak dapat dijumpai di mana-mana kedai. Ia hanya boleh didapati melalui Shaklee. Rumusan berpaten Nutriferon yang unik adalah eksklusif kepada Shaklee. Ia telah melepasi satu set ujian-ujian saintifik yang ketat dari segi keselamatan, ketulenan, keberkesanan dan prestasi. 

5. 40 tahun kajian - Setelah menjalankan penyelidikan selama 40 tahun dengan menguji ratusan sebatian semulajadi, Dr. Yasuhiko Kojima telah menghasilkan satu campuran unik daripada empat ekstrak tumbuhan yang menggalakkan pembentukan interferon secara semulajadi di dalam badan. Menurut kajian terbaru, Nutriferon telah berjaya membuktikan kesan positif terhadap serangan sel-sel semulajadi (NK) – menyokong lebih banyak perkembangan untuk sistem sains imunisasi ini. 

6. Sejak Nutriferon telah dibangunkan, beberapa kajian klinikal manusia telah mendokumenkan keberkesanan makanan tambahan ini. Kajian ini, yang telah disiarkan dalam jurnal perubatan, seperti Journal Gastroenterology, Clinical Pharmacology and Therapy, dan Journal of Alternative and Complimentary Medicine, mengetengahkan pelbagai faedah yang berkaitan dengan Nutriferon.

Best kan? Sebab tu jangan risau bila ambil supplement Shaklee. Sangat terjamin mutu, keselamatan, khasiat dan kebagusannya. Shaklee ni dah lebih 50 tahun dalam pasaran uolss. Bukan cikai-cikai punya syarikat tauuuu. Hehehehe. :)

Oh haa! Gambar kat bawah ni, saya share kan pengalaman Kak Beeha yang jatuh cinta dengan Shaklee mula-mula dulu dengan Nutriferon ni haaa. Masalah Eczema dia terus hilang! Magic gila kan? Sebelum tu, memang banyak krim dah dia cuba dan pakai beli kat farmasi. Tapi takde improvement pon. Kesian ooo siapa yang ada Eczema ni. Gatal-gatalnya lagi. Kulit kasarnya lagi. Kan kan kan?



So apa tunggu lagi? Beli Nutriferon untuk standby kat rumah di kala demam dan tak sihat.  Amacam? Tak seronok ke nak jadi ahli Shaklee secara percuma siap dapat bonus? Jangan lepaskan peluang ni tauuu.
 
Mas Mohd / 1082322
FB : Mas Mohd
SMS / Whatsapp : 012-7320645

P/S #1 : Setiap pembelian, anda layak menerima jadual makan & tips ekslusif yg berkaitan, konsultasi percuma berterusan (after sales service) dan anda juga layak dijemput ke group ekslusif tertutup di Facebook.

P/S #2 : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Terima Kasih

Rabu, 11 Jun 2014

MERAWAT DARAH TINGGI DENGAN SHAKLEE

Sebenarnya kalau nak kata supplement ni untuk merawat, macam tak berapa nak tepat. Sebab bagi aku sendiri, pendapat aku, kalau dah sakit memang ubat doktor je lah jawapannya. Tapi takkanlah kita nak tunggu sakit teruk baru nak makan ubat kan? So dari awal ni, memang kena cegah dan atasi sakit-sakit ni dari awal. Especially darah tinggi - pembunuh senyap nombor satu dalam dunia.
"Darah tinggi adalah salah satu pembunuh senyap yang utama. Ia merupakan penyakit yang kurang didiagnos dan dirawat di seluruh dunia sehinggalah hari ini. Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan II menunjukkan bahawa kira-kira 24% penduduk Malaysia menghidap darah tinggi . Kebanyakannya disebabkan oleh pembentukan ‘benteng’ dalam salur darah yang disebabkan oleh kolesterol.
Darah tinggi merupakan satu faktor utama untuk mendapat penyakit kronik lain seperti arteri koronari, cerebrovaskular, arteri periferi dan kegagalan ginjal. Penghidap darah tinggi berisiko untuk mendapat strok atau angin ahmar."

Jadi, vitamin apakah yang sesuai untuk mencegah penyakit darah tinggi ini?

  • Vitamin Asas iaitu Vitalea, B Complex dan Vita-C –> membekalkan sokongan yang diperlukan oleh sistem imun badan untuk melawan sebarang kesan jangkitan dan mengekalkan kesihatan kardio-vaskular.
  • Carotomax, Vita-C dan Vita-E –> gabungan nutrien antioksidan penting untuk mengurangkan risiko penyakit yang terhasil daripada aktiviti radikal bebas.
  • Omega Guard –> merendahkan paras kolesterol tidak baik dan meningkatkan fungsi jantung.
  • Garlic Complex –> mengawal jangkitan, menurunkan tekanan darah, menurunkan kolesterol dan memelihara kesihatan selular.

Mas Mohd / 1082322
FB : Mas Mohd
SMS / Whatsapp: 012-7320645

P/S #1 : Setiap pembelian, anda layak menerima jadual makan & tips ekslusif yg berkaitan, konsultasi percuma berterusan (after sales service) dan anda juga layak dijemput ke group ekslusif tertutup di Facebook.

P/S #2 : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
 
 

Terima Kasih

Selasa, 10 Jun 2014

MASALAH KEPUTIHAN? JANGAN PANDANG REMEH!

Adakah anda sedang mengalami masalah berikut?

  • Kegatalan pada kemaluan?
  • Selalu keluar cecair yang berwarna putih dan kekuningan disertai dengan bau?
  • Ketidakselesaan apabila “bersama” suami?
  • Terpaksa memakai ‘panty-liner’ tiap-tiap hari?



Ramai wanita menganggap keputihan itu adalah gejala yang normal dan akan sembuh dengan sendirinya. Tetapi anda silap! Keputihan adalah lebih jauh daripada itu. Tahukah anda bahawa keputihan terjadi disebabkan 2 sebab ini. Iaitu jangkitan bakteria seperti Bacteria Vaginosis ataupun kulat seperti Trichomoniasis dan Candida Albican.

Jika rawatan kulat ini tidak dirawat, maka kesannya akan menjadi bertambah teruk. Kulat ini mampu merebak keseluruh tubuh anda dan seterusnya jangkitan ini boleh menyerang organ-organ penting dalam badan anda. Jangkitan bakteria atau kulat ini juga mampu merebak ke pasangan kita. Hasilnya organ seksual lelaki juga akan mengalami kegatalan, kemerahan, kesakitan dan juga kulit melecet.

Apa kata yang dah cuba Alfalfa & Vitamin E?


Klik gambar untuk lebih jelas
 
Apa Khasiat Alfalfa?




Antara kelebihan dan khasiat Alfalfa untuk lelaki dan wanita:

♥ Dikatakan tumbuhan terbaik yang mengandungi segala zat keperluan harian
♥ Melegakan sakit sendi dan belakang.
♥ Menghilangkan kelesuan dan tekanan.
♥ Memberi kelegaan semasa haid (untuk wanita).
♥ Merawat arthitis
♥ Bagus untuk elergi dan ekzema
♥ Merawat asthma
♥ Mencuci usus bagi membuang toksik
♥ Mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor
♥ Meneutralkan asid dalam badan
♥ Merawat masalah keputihan pada wanita (untuk wanita).
♥ Membesar dan menegangkan payudara (untuk wanita).
♥ Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri (untuk wanita).
♥ Memulihkan urat selepas bersalin (untuk wanita).
♥ Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
♥ Meningkatkan stamina seorang suami
♥ Melegakan sembelit
♥ Membuang angin dalam badan
♥ merawat gout
♥ keintiman
♥ MILK BOOSTER

Apakah set yang mengandungi ALFALFA ini?

♥ Slimming Bajet : Herblax + Lecithin + Alfalfa
♥ Keintiman suami isteri : Vitamin E + Alfalfa 
♥ BF mommy / Penyusuan : Vitalea +B-compex + Vitamin C + ALFALFA or Vitalea + Alfalfa + ESP
♥ Resdung, alahan, eczema : B-complex + Vitamin C + Alfalfa
♥ Wanita gojez: Vitamin E + ALFALFA + GLA complex
♥ Kulit cantik / atasi masalah jerawat : Vitamin E + Alfalfa + Vitamin C + GLA Complex + Zinc
♥ Kesuburan / ingin hamil : Zinc + Alfalfa + GLA Complex
♥ Melancarkan buang toksin : Alfalfa + Herblax
♥ Gout : Alfalfa + Omega


* Macam biasa, setiap supplement yang di ambil, saya amat-amat suggest you all ambik sekali dengan ESP soy protin sebab, ianya ASAS, dan bantu mempercepatkan penyerapan lain-lain supplement yang kita ambil. Memang berbeza individu yang hanya ambik supplement TANPA ESP berbanding mereka yang mengambil ESP BERSAMA supplement-supplement lain. Berbeza yang macam mana? Anda kena alami sendiri kesannya! :)


Shaklee turut menyarankan wanita dari pelbagai umur mengambil Alfalfa sebagai salah satu supplement yg mesti ada. Tengok tu, set untuk wanita gojez yg di suggest oleh Shaklee sendiri.





AMARAN : Alfalfa TIDAK BOLEH diambil oleh pesakit SLE

Mas Mohd / 1082322
FB : Mas Mohd
SMS / Whatsapp : 012-7320645

P/S #1 : Setiap pembelian, anda layak menerima jadual makan & tips ekslusif yg berkaitan, konsultasi percuma berterusan (after sales service) dan anda juga layak dijemput ke group ekslusif tertutup di Facebook.

P/S #2 : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Terima Kasih

Isnin, 9 Jun 2014

10 TIPS BAGI MENJAYAKAN PENYUSUAN SUSU IBU

 
 
Aku ambil artikel ini dari blog Kak Cery. Memang sangat berguna. Disamping untuk aku sendiri menambah ilmu, boleh jugak sharing dengan kawan-kawan yang lain. 

Dah sedia? Here we go!

10 Tips Menjayakan Penyusuan Susu Ibu.

1. Kerapkan Menyusu / Mengepam

Susukan bayi sekurang-kurangnya setiap 3 jam pada siang hari. Jika bayi tidur lebih daripada 3 jam, kejutkan dia untuk menyusu. Pada waktu malam pula, kejutkan bayi untuk menyusu tambahan terutamanya jika dia tidur lebih daripada 4-5 jam. Perah setiap 3 jam. Jika bayi mahu menyusu ketika memerah, berhenti. Susukan dia dan kemudian sambung semula sesi pemerhan susu. Percaya kepada konsep bekalan dan permintaan. Semakin kerap kosongkan payudara semakin banyak susu dihasilkan. Kerapkan sesi pemerahan sekitar jam 12 tengah malam hingga 6 pagi. Ini kerana hormon prolaktin banyak dihasilkan ketika ini. 

2. Jangan Tunggu Payudara Penuh 

Ada sesetengah wanita suka menjadikan payudara penuh sebagai petunjuk bahawa bayinya perlu disusukan. Itu salah! Yakinlah bahawa payudara sentiasa mengandungi susu dan apabila bayi disusukan, ia akan bekerja keras untuk menghasilkan lebih banyak susu. Kajian menunjukkan bahawa tahap lemak dalam susu adalah lebih tinggi apabila tempoh antara satu penyusuan dengan yang lain adalah singkat. Ini bereti, jika anda menyusukan bayi beberapa minit selepas selesai menyusukan bayi (ketika anda beranggapan payudara "kosong"), dia akan memperoleh susu tinggi kandungan lemak yang dapat membantunya menambah berat badan.
 
3. Minum Banyak Air

Pastikan anda minum banyak air sepanjang tempoh penyusuan mahupun pemerahan susu. Anda digalakkan minum 3 liter air iaitu kira-kira 13 cawan setiap hari.



4. Fikir Bayi Fikir Susu 

Ketika menyusu, belailah bayi. Amalan ini dikenali sebagai grooming. Langkah ini tanpa disedari merangsang penghasilan susu. Antara lain, di antara waktu penyusuan dan sejurus sebelum sesi penyusuan bayangkan bayi sedang menyusu di payudara anda. Cara ini, akan merangsang payudara untuk mengeluarkan lebih banyak susu. Masa nak mengepam lihatlah gambar anak sambil berselawat & berzikir Ya Mattin.


5. Berdisiplin

Berdisplin ketika memerah susu. Jangan sesekali "ponteng" sesi pemerahan. Bila hujung minggu jangan ponteng mengepam. Masa hujung minggu la masa yang boleh untuk buat stok. Bagaimana? Guna tip #6 dan #7.


6. Tendum Pumping

Latih diri untuk menyusu dan perah susu serentak menggunakan pam payudara elektrik. Disamping anak dapat menyusu, kita dapat juga mengumpul stok.


7. Teknik Marmet

Jadikan teknik Marmet sebagai amalan wajib kerana ia terbukti boleh menghasilkan lebih banyak susu. Dengan hanya menggunakan pam, cuma 60 - 70% susu boleh dikumpul tetapi dengan teknik Marmet selepas menggunakan pam, ia dapat mengoptimumkan pengumpulan susu anda sehingga 100%. So lepas pump jangan terus cuci corong. Buat perahan guna tangan. Sangat membantu. Kalau dengan menggunakan pump dpr 3.5oz sebelah payudara, buat marmet boleh tambah jadi 4-4.5oz. Walaupun nampak sikit, tapi ada beza.


8. Menyusu / Mengepam Lebih Lama 

Jangan hadkan masa setiap kali menyusukan bayi di sebelah payudara mahupun mengepam. Biarkan dia menyusu sebelah bahagian sehingga puas sebelum menawarkannya menyusu di bahagian payudara yang lain. Ini akan memberinya peluang untuk mendapatkan susu berlemak tinggi (hindmilk). Jika anda terlalu cepat menawarkan payudara sebelah lagi, dia hanya mendapat foremilk, di mana hanya perutnya sahaja yang penuh tetapi tidak memberi kalori mencukupi untuk tumbesarannya. Seeloknya jika anda mengepam, amik masa dlm 15-20 minit untuk sebelah payudara. Pastikan payudara benar-benar kosong selepas menyusukan bayi / selepas memerah bagi merangsang otak meghasilkan susu seterusnya. Ia dapat dipastikan dengan hanya titisan susu yang keluar. Mengepam lebih lama juga bleh buat let down 2-3kali. Tak percaya buat. Konsisten + disiplin + istiqamah


9. Penyusuan Malam 

Amalan menyusukan bayi di waktu malam sangat bagus kerana ia merangsang peningkatan susu. Ini kerana di waktu malam, anda berdua lebih relaks lalu membolehkan bayi menyusu lebih lama dan kerap. Penyusuan malam turut merangsang hormon prolaktin yang memainkan peranannya menghasilkan lebih banyak susu.


10. Urutan

Teknik urutan payudara yang betul akan membantu susu mengalir dengan lancar. Apatah lagi sewaktu anda mengalami bengkak susu ataupun sakit puting. Untuk itu, anda perlu menuam payudara dengan tuala yang telah direndam di dalam air suam. Anda boleh pelajari teknik mengurut menerusi www.breastfeeding.com.

Selain daripada 10 tips di atas, aku tambahkan satu lagi tips yang aku sendiri amalkan sejak mula menceburkan diri dalam bidang penyusuan susu ibu ini. Echeh. 

PENGAMBILAN VITAMIN SECARA KONSISTEN.
Perkara ni nampak tak penting tapi bagi aku tersangatlah penting. Sebab apa? Sebab dalam setiap vitamin SHAKLEE yang aku ambil khas untuk penyusuan tu, mengandungi khasiat-khasiat dan faedah-faedah yang tersangatlah bagus. Contohnya VITALEA. 

Kenapa VITALEA SHAKLEE sangat bagus?

Vita-Lea diformulasikan khusus dengan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa. Mengandungi lebih nutrien, tenaga dan perlindungan. 
Pakar kesihatan mencadangkan semua orang dewasa mengambil makanan tambahan harian bagi menyokong kesihatan secara menyeluruh. Walau bagaimanapun, pengambilan makanan tambahan biasa menyebabkan tubuh mendapat nutrisi yang tidak seimbang. Vita-Lea adalah formulasi premium yang disokong oleh tujuh kajian klinikal serta turut menggabungkan ramuan-ramuan terbaik dan kualiti yang luar biasa.
Kredit info dari Master Cery.

Tepuk dada dan tanya diri kita sendiri. Mampu ke kita menyediakan 28 galian dan lebih nutrien setiap hari bagi memastikan susu untuk anak kita complete dengan semua vitamin? 

Bagi korang yang ingin mendapatkan maklumat lanjut, boleh hubungi aku di;

FB : Mas Mohd
No Tel : 012-7320645

P/S #1 : Setiap pembelian, anda layak menerima jadual makan & tips ekslusif yg berkaitan, konsultasi percuma berterusan (after sales service) dan anda juga layak dijemput ke group ekslusif tertutup di Facebook.

P/S #2 : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
 

 


Terima Kasih

© Dream It, Wish It, Do It | Template Designed By Blog Bingkisan Hati